![]() |
gambar ihsan Mr. Google |
Creamy Mushroom Soup
(*refer resepi dari khairul abdullah)
BAHAN - BAHAN yang diperlukan:
200 - 300gm (lebih kurang 7 - 10 biji) cendawan butang bersaiz sederhana dan dihiris nipis
(*mira guna 4 jenis cendawan =) cendawan butang yang warna COKLAT *nama dia mungkin bunashimeji, PUTIH *nama dia mungkin bunapi, cendawan TIRAM, dan cendawan ENOKI)
*try je letak macam macam jenis cendawan & mira jamin it will taste good
90gm butter / margarine (mira guna butter brand ANCHOR)
1 biji bawang besar holland - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - diketuk (mira letak lebiiiihhh sikit =) )
1 - 1.2 liter stok ayam (agak - agak isi air sampai cendawan tu tertutup pun ok dah). Kalau tak de stok ayam boleh guna kiub ayam maggi 1 ketul sekali dengan air)
1/2 cawan krim atau 1 cawan susu segar / cair (nak senang guna 1 kotak kecil krim masakan)
3 sudu besar tepung gandum
1 ranting Parsli (kalau ada)
Garam
CARA - CARA PENYEDIAANYA:
1) Panaskan butter / margarine tadi dalam periuk sederhana *bergantung pada kuantiti cendawan yang ada dan masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng seketika bawang sampai layu TAPI jangan sampai bawang bertukar warna.
2) Kemudian masukkan segala jeis cendawan yang dah dihiris tadi dan kacau agak - agak dalam 2 - 3 minit.
3) Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
4) Masukkan stok ayam tadi - kacau sebati kemudian biarkan ia mendidih.
5) Selepas mendidih - ketepikan sup, biarkan sup sejuk seketika.
6) Blend sup tadi menggunakan "food processor" / "blender" hingga hancur dan sebati.
7) Masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk dan masukkan krim atau susu, kacau dan biarkan sup mendidih.
8) Selepas dah mendidih - matikan api dan hidangkan ketika panas.
9) Nak bagi cantik tabur daun parsli =)
Sedapnya jika dihidang kan bersama garlic bread. YUM YUM.
*NANTI BILA BUAT LAGI KITA MASUKKAN HASIL SEBENAR DARI MIRA YE =)
No comments:
Post a Comment